BAHTERA MANTAP

PENGENALAN

Syarikat Bahtera Mantap merupakan sebuah syarikat tempatan yang
ditubuhkan pada tahun 2011. Kami menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan
bagi memenuhi permintaan industri-industri yang mendukung pemacuan
ekonomi negara.

Bahtera Mantap membekalkan dan memasarkan produk-produk keluaran
pengusaha-pengusaha tempatan bagi memenuhi permintaan yang tinggi
dalam pasaran selain membantu memperluaskan capaian produk keluaran
tempatan ke pasaran yang lebih kompetitif. Ini kerana setiap produk yang
didagangkan oleh kami merupakan produk buatan Malaysia yang dijamin
kualitinya serta diyakini mampu bersaing dengan produk-produk keluaran
negara asing.

 

OBJEKTIF

  1. Membantu meniaktaraf ekonomi nelayan, peladang, penternak dan petani
    tempatan.
  2. Membantu memasarkan produk orang kampung dari tepi jalan ke hotel atau
    restoran.
  3. Menyokong hasil buatan Malaysia dengan memperbaiki permintaan dari
    pasaran tempatan.

 

JAMINAN KUALITI

Produk-produk yang dibekalkan oleh Bahtera Mantap merupakan produk
keluaran pengusaha-pengusaha tempatan yang dijamin telah dihasilkan
mengikut piawaian dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh industri.